Saturday 20 April 2013

Pra-U @ Gunung Senyum,Pahang

Assalamualaikum,
Hi,

Hahh... lame tak post entri baru kt sini.
Alright! Entri kali ni pasal kem yang aku join baru-baru ini. Kem yang aku pegi ni sgt lah seronok. Rugi gile sape tak ikut mase tu sbb kem kali ni dibuat di luar Negeri Sembilan iaitu di Gunung Senyum,Termeloh, Pahang. Hah, dan ini juga pengalaman pertama aku ikut kem sejauh ini. Kem ni dijalankan selama 3 hari, bermula pada 12 - 14 April. Jadi, aku nk sharelah pasal pengalaman aku kt sane.



Kite pendekkan sikit citer,
Start dr perjalanan ke sana mmg aku x senang duduk dlm bas sbb bile pegi kem je, ape yang aku pikir ialah kem ni bukan satu program yang best pun.. sampai sane je nnt mesti kene marah lah.. denda itu lah..denda ini lah.. haishh..boring asyik perkara yg same je yg berlaku setiap kali pergi kem. Kawan aku jenuh nasihatkan aku supaya aku positifkan fikiran aku ni. Aku ikut nasihat kwn aku tuu.. perasan takut tu kurang.. aku enjoy trip aku..layan kwn2 aku menyanyi bagai dlm bas tuu.. Memang happening sangat.

Lepas brape jam,kami semua dah sampai kt tempat kem tu.. Tempat mmg cantik. Pemandangan kt sane lak Subhanallah... berlatar belakangkan Gunung Senyum.. Cantik sangat.


Kami semua mula dengan suai kenal dengan facilitator kt situ.. Kali ni ade faci perempuan... Senang lah sikit bile ade ape2 masalah. hehe..  Aktiviti permulaan ni berjalan dengan baik. Kami diberi taklimat dan kemudian macam2 jenis tepukan mereka ajar..Tepuk semangat, 'Di sini Kita Berkumpul' etc. 



Aktiviti malam yang pertama kat sana ialah 'Ice Breaking' & 'Nightwalk'.  Memang enjoy~


Hari kedua pula aktiviti yang kami tunggu-tunggu iaitu Jelajah Gunung Senyum. Kami diberi peluang untuk jelajah 7 buah gua. Dahsyat 1 hari lawat 7 buah gua. Kami ini memang teruja gile masa tu.. btw ini pengalaman pertama aku. Selama aku hidup ini, inilah first time aku dapat masuk gua yang besar sebesar tidak di dalamnya.. Texture di dinding gua Subhanallah.. tu je aku dapat aku ucapkan. Teramat lah cantik. 




Aktiviti seterusnya, '' Radio Lama'' , ''Treasure Hunt'' , ''Obstacle'' dan ''Save The Light''

Pada hari yang ketiga iaitu hari terakhir kami di sana, aktiviti terakhir iaitu "SAYANG SAHABAT" 


Selepas makan tengahari kami prepare nak pulang ke Nilai semula... Terasa berat je nk balik.. Kami sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan di situ.. Harap2 dapat pegi kem lagi yang same seperti kt kem ni.. 



Sekian...

Sunday 24 March 2013

They're GONE but always in my heart

   Dari tajuk post lg rasa macam sedih je bunyinya...

     Sape tak kenal band MY CHEMICAL ROMANCE... Sudah 12 tahun diorang bermain muzik buat concert tour bagai. Lagu dan muzik yang diorang cipta bukan calang-calang. Banyak moral diberikan oleh mereka. Dari zaman Bullet > Sweet Revenge > The Black Parade > Danger Days dan MCR5 yg disebut2 awal 2013 hanya tinggal kenangan.. Pada 22/03/2013 (waktu M'sia) MCR telah mengumumkan bhw mereka sudah berpecah dan MCR sudah tiada..Dan x sangka benda ini sume berlaku. Mula-mula tahu pasal berita ni agak mengejutkan lah juga. Aku rasa macam down sangat. Habis keyboard lappy basah dengan aiyo mata. Aku merasakan separuh hati aku hilang. Aku tak pernah rasa sesedih ni. Tapi hendak buat macam ne. Keputusan pon sudah dibuat oleh ahli-ahli kumpulan MCR. Jadi nak atau tak nak kene terima saje lah...

website http://www.mychemicalromance.com/news/
@Gerard

Last speech...
http://www.twitlonger.com/show/n_1rjdh4f



#MemorywithMCR
Aku secara jujur memang suke band ni sejak tahun 2007. Ramai orang yang kenal aku akan panggil aku 'MCR..' Aku jadi perhatian sekejap. haha Daripada org x kenal aku dulu dah kenal. Time PnP Science jgn ckp lah.. Nmpak perkataan 'CHEMICAL' dalam buku teks member sume pandang2 aku.. jadi awkward pon ade..hahah.. Selain tu, wujud pula perkataan "My Chemical Reaction" Ape tuu?? Tiba-tiba je.. Hahaha sume tu berlaku secara kebetulan.. Haii...klakar bile teringat balik.













 " MCR maybe are gone. but they all in something special in my heart" 


*p/s: still wondering about MCR5.... hmm... whats happen next?

Thursday 21 March 2013

Hii sume....

Lama sudah aku berdiam diri untuk menaip blog ni.. Al maklum busy kate kan.heehe.. Aku sudah masuk Sem 2 kt Pra-Unniversiti. Memang tak disangka pejam celik dah masuk Sem 2.. Tahun ini aku dah mula sibuk dengan 2 assignment yang perlu dihantar dalam masa terdekat ini. Minggu ini pon sibuk dengan ujian Adoii...

Ape yang nak dikongsikan lagi... semua tahu kan hari ini keputusan SPM dan STPM (modular baharu) dah keluar.. Keputusan STPM aku ok jee biase2 je tak de 'A' . Aku bersyukur ape yang aku dah dapat. Yang lepas itu dijadikan sebagai satu pengajaran aku untuk mendapat keputusan yang terbaik lagi.. Tunggu Sem 2 ni pula. Harap-harap Sem 2 ni  dapat markah yang lagi baik dari tahun lepas..Aminn..

Wednesday 19 December 2012

SUPERNATURAL




Cerita ini kalau tak silap aku,sudah lama ditayangkan dekat tv3. Cuma aku je buat tak endah...Pada mulanya, aku kurang minat cerita SPN ni. Sebab aku fikirkan cerita ni ada unsur ganas yang terlampau dan tidak disangka aku pula lepas aku tengok season 1-full, berlaku sebaliknya. Hehh... Gara-gara abang aku lah transfer satu folder ke external aku, so,bila bosan layan je lah cerita ni..

Berbalik kepada.. maksud aku "berlaku sebaliknya".. Memang tak disangka aku lah.. Dalam cerita ni bukan shj ada unsur aksi/seram/fantasi malah kelakar diorang boleh tahan juga. Tambahan, adanya pula watak Cass-stupid-nerdy-angel- hehe..Serius aku katakan watak Cass kelakar walaupun pada dasarnya serius. So,tak hairanlah kenapa orang lebih tertarik kat watak Cass je.


  
Buat masa ni aku dah habis tengok siri 1 hingga 6. Siri 7 sampai ep. 11 je ... selebihnya tak dapat nak download. sebab ada masalah teknikal.hehehe. Tapi walaupun tak sempat habis siri7, keseluruhan cerita boleh tahan! 
Bagi aku semua scene ok je,tapi paling aku tak boleh lupe dalam episode 'Yellow Fever' (s4).
 Memang kelakar habis! haha korang boleh tgok di sini apa yang kelakar..hehe

Lagi satu, hanya episode ni yang ada bonus scene:

Korang boleh tgok scene di sini

Baru-baru ini,season 8 dah mula keluar. Tapi macam biasa lambat sikit nak tayang kat tv3. Kalau tak silap, baru je habis season 6. -lambatnya..ish..ish... Hmm.. ini pun,tak pasti diorang nak tayang kat tv.

Tapi nak tak nak kene sabar menunggu juga.. =)

*credit pic from supernatural.tumblr.com 

Tuesday 13 November 2012

@ Pipit Wonderful Market 9


Assalamualaikum 
Hii...
     Akhirnya...dapat lah juga aku merase pergi ke satu event pasal art nie..iaitu Pipit Wonderful Market walaupun banyak sangat dugaan nak pergi sane..Aku dari tahun lepas lagi mengidam nak pergi sane. hehe.. Dan tak disangka-sangka pula event kali ni adalah yg terakhir. Kata owner Pipit, mereka hendak buat satu perubahan..Perubahan yg mcm mane tak tahu lg.. =) 

Date/day : 10/11/12, Saturday
Venue: The Annexe Gallery, Central Market


     
      Sampai kt sane aku macam tak percaya je aku berada dlm PWM.. Excited jangan cakap lah.. sampai shaking tgn aku dibuatnye..hahaha. Penat tak habis lagi aku terus cari booth Azreenchan & Azahchan. Memang itu tujuan sebenar aku ke sana. Semate-mate nk jumpe pelukis doodler sorang ni.. - semangat betul..-_-

 Tadaa!! Aku dapat berjumpe dgn AzreenChan.. Mula-mula aku nmpak dia tgh turun tangga terus tanye dia "Kenal tak Qiqien 'Amirah Ainun' ? Dia kata dia kenal.. teeehee.. terharunye. 

bersama dgn Kak Azreenchan (berbaju biru)  ^_^


Banyak lagi booth seni handsmade kt dlm Pipit Market. Masuk saja korang akan rase macam nak beli semua barang kat situ. Semua barang kt situ memang cantik dan comel sangat. Kreatif sungguh mereka ni... Seni diorang memang detail! Harga pula memanglah mahal sbb ia hasil tangan mereka sendiri. Bukan senang hendak membuatnye...







Walaupun dah petang masih lagi ramai orang..








Sempat juga ambik gambar dgn akak Azahchan!! Dia tanye kat aku aku datang dari mana.. Aku jawablah dari Nilai,N.S dia ade sedikit terkejut sbb aku dtg dr jauh semate-mate nk dtg event tu. Kebetulan pula last Pipit .. Seronok dpt jumpe dia. ^-^
-gambar kt atas tu gambar booth Azreen Chan & Azah Chan. Cantik kan?! : ]


Aku pergi dgn adik & mak cik aku... 

Harap dapat pergi lagi...






Friday 5 October 2012

Merdeka Closing Ceremony

Hello,there!


So,tanggal 14hb September 2012, sekolah ade buat majlis penutupan Hari Kemerdekaan. So, ni kali pertama aku sambut kt sekolah DMS ni.
Kali ni member sekelas dgn aku buat persembahan sketsa tentang peristiwa untuk mendapatkan kemerdekaan. bukan tu je, ade jugak yg masuk nasyid. Persembahan yang diorang buat sangat baik sampaikan cikgu pon boleh suke.. huhu..
Walaupapen pon,
Alhamdulillah... majlis tu habis dgn jayanye.




Tuesday 11 September 2012

lepak bersama dgn member lame

Hello!
Pada 8hb September yg lalu... adalah hari yang memang buat aku senyum je... haha Iyelah time tu sekolah ganti so, budak-budak dalam kelas aku ramai yang tak datang (tak delah belajar sangat-riuh pon tidak)kalau tak macam pasar lah kelas PPU1 DINAMIK tuu.. hmmm..

Lepas sekolah ramai member dah plan nak pergi beraya kt rumah cikgu Hamimah (guru kelas aku) tapi aku pula sebaliknya. Aku dah plan ngn member lama 5R- Aizat,Shah,Palin dan Nik nak study pasal edit kat photoshop. Mulanya aku ingat diorang just rumor je.. tapi mmg betul2 serius nak belajar. =p
           Jadi,aku disuruh tunggu kt dpan stesen minyak yg x jauh dr sekolah sbb Palin bersungguh-sungguh nak jemput aku,haihh... tapi dah lebih sejam menuggu diye tak ambik aku juga. Rupanya ade masalah transport pula si Palin ni.So,Nik yg dari Banting jemput aku(ditemani oleh Palin)
   Lenguh kaki menunggu tu memang sakit lah tapi berbaloi setibanya aku sampai kt umah Palin.
Macam-macam cerita dikongsikan. Masing2 dah sibuk dgn assignment kt kolej diorng.Time camni lah peluang aku nak tanye pasal Adobe Illustrator(AI) yg aku idam2 kan tu.. Selesai install terkejut jugak lah ingat kan diye bagi AI je rupenye banyak adobe yg diye bagi. Trimas NIK!! 
    Pastu kitorang teruskan dgn menge'share' editor application yg kitorang ade. Kitorang lepak sampai lupe nk balik waktu dah nk masuk maghrib. Time balik ni lah kitorang rase sedih sgt tak tahu bile lg boleh lepak same2..Haiishh..kenangan ni aku tak mahu lupakan.. 




*gambar kenangan time ni tak de sebab tak bawak kamera. =_=''